Cuti seminggu lagi!!

Assalamualaikum...

Dah pukul 2.30 petang dan aku belum mandi lagi. Haha.. Aku baru balik dari latihan silat tadi. Lepas tu isi perut dulu dengan nasi kerabu + teh ais.. Dah kenyang ni rehat-rehat depan laptop sambil layan blog dulu. Orang kata takleh mandi selepas makan, nanti muncet plak perut kesayangan haku ni.. Sebab tu la sekarang ni aku masih tak mandi lagi. Jangan risau, bau busuk belum mandi ni tak merebak kat dalam blog.. Hahaha..

Dengan berakhirnya latihan silat tadi, maka bermulalah cuti seminggu ku.. Haha.. Sukenyerr~~ Okehh, takda la suka sangat sebab banyak assignment nak kena buat.. Tak boleh goyang-goyang kaki dan pinggul ala-ala Inul macam cuti midsem minggu lepas.. Lepas cuti ada midterm Operating System ngan System Admin ngan 3P. Hohh, amik kauuu.. Tu belum tambah assignment individu & group lagi.. Awal Disember plak ada ujian kenaikan pangkat bengkung. 

Sekarang aku masih bengkung hitam lagi, sepatutnya naik ke bengkung putih tapi ujiannya sangat simple. So, cikgu sarankan terus amik bengkung hijau. Bengkung hijau ni silibusnya sama macam yang kitorang belajar sekarang ni. Kalau bengkung putih tu silibus yang semester lepas punya. So, macam tak berbaloi la kan kalau tak gunakan apa yang kita belajar semester ni untuk amik bengkung hijau.. Aku rasa sangat nebes & tak berapa yakin jugak boleh lulus.. Tapi tu satu cabaran untuk aku.. Kawan-kawan, doakan aku boleh buat & lulus jugak ya?? Hehehehe...

Bawa kain batik nak mandi sungai ala2 anak dara zaman dulu
hewhewhew...


Cuti seminggu kali ni rasanya takda la sunyi macam cuti minggu lepas sebab ramai yang tak balik. Dah puas cuti seminggu kot minggu lepas kan? Lagipun ramai yang risaukan assignment dengan midterm.. Tapi roomate aku balik la.. Takpa, aku suka sorang-sorang dalam bilik. Boleh pasang lagu kuat-kuat sambil menyumbangkan suara yang sedia sumbang serta merosakkan lagu sekali. Hahaha... 


16 comments:

  1. bestnya pandai silat..hehe btw selamat bercuti :)

    ReplyDelete
  2. huyyo, silat..... selamat bercuti sis :)

    ReplyDelete
  3. alamak takut la saya.
    Agak2 kalau selalu komen kena belasah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak la..
      silat bkn untuk belasah orang yg rajin komen.. hehehe..

      Delete
  4. singgah di hari minggu
    Lega rasanya .leh la komen byak2,

    ReplyDelete
  5. join silat ape??cekak hanafi ke??ehehe..
    dlu roomate kite siap pujuk bekali2 nk suh kt msok silat..ehehe
    dia ckp silat buat org lembut jd keras..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la, silat gayong.. hehe..
      haha.. xpasti plak kalau boleh bt orang lembut jd keras.. XD

      Delete
  6. pagi selasa disini.
    Kalau godek2 entry pd blog tirana aduka.ada kisah PSSGM waktu dulu.hehehe.

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain