We are what we eat - tajuk je english, entry b.melayu okei?

Assalamualaikum WBT

Baru habis makan tadi.. Burrrppp!! Erkhh?? Alhamdulillah... Haha.. Sekarang duduk menyandar di kerusi kayu yang keras, tidak selesa dan buat bontot aku sakit je kalau duduk lama-lama. Tapi sepatutnya aku bersyukur sebab ada orang lain yang kurang bernasib baik dari aku, yang ada meja tapi takde kerusi.. Apakahhh?? Sambil menyandar aku usap-usap perut yang memboolat bak ibu-ibu yang peknen tapi dorang peknen ada baby kat dalam, aku hanya ada makanan yang bermacam jenis yang aku telan dari tadi pagi.. Aishh.. Habislah kena reject oleh bakal mak mertua aku nanti. Ha Ha Ha..

Wokehh, enuff with pendahuluan yang merapu itu. 

Sejak kebelakangan ini, *ewahh, ayat skema nampak* aku perasan perubahan kat diri aku. Ce teka perubahan yang macam mana? Adakah aku makin cantik?? Kulit makin putih-flawless-mabeles?? Berat badan dan lemak bertambah?? Ohh tidak sama sekali ye tuan2 dan puan2 sekalian.. Haku hanya perasan saja.. Rupa aku masih macam sekarang ni, kulit masih kaler cekelat cerah, body pun masih kuruih macam tiang letrik. Kehkehkeh...

I think I have a problem here.. Nampak tak aku tunjuk mana?? Mestilah tak nampak kan? Aku tunjuk sini ha, kat dada aku ni. Opss! Macam sensitip plak kalau bahagian dada ni. Hahahaduyaiii... Aku maksudkan encik jantung ngan encik paru-paru aku ni ha..

Sejak dua menjak ni, aku selalu rasa susah nak bernafas. Kadang-kadang rasa macam pendek je nafas aku ni. Sebelum ni memang pernah rasa macam ni tapi tak sekerap yang sekarang ni la.. Kadang-kadang jugak aku rasa macam tak cukup je oksigen yang aku sedut. Bila dah jadi macam tu aku terus tarik nafas dalam-dalam. Baru lega sikit.. Sempat search kat google tadi, apa yang aku alami ni termasuk dalam simptom paru-paru bermasalah.. Okeii, rasa agak cuak disitu.. 

Aku tak bagitau Min lagi pasal ni. Dia memang dah tau aku selalu sesak nafas dari zaman politeknik lagi. Rasa macam dah lama betul plak kalau guna 'zaman' ni kan?? Hehehe.. Min selalu suruh pegi buat pemeriksaan tapi aku ni memang spesis malas yang amat nak pegi spital ni. Kalau pegi sana, dari sihat walafiat tetiba boleh jadi tak sihat. Nampak tak keajaiban diri aku kat situ?? ha ha ha..

Bila dah rasa macam ni barulah terpikir nak jaga kesihatan. Kalau difikirkan, selama ni aku memang kurang jaga pemakanan aku. Pepatah ada cakap, "We are what we eat".. Mindset aku mula-mula macam nih, "aku boleh makan macam2. Makan banyak pun tak perlu risau gemuk, aku lagi suka gemuk berbanding kurus cekeding macam sekarang ni..". Ternyata mindset macam aku ni langsung takleh pakai..

Omnomnom.. Craving for stroberi segar dari Cameron Highlands :)


And now, untuk azam tahun baru ni aku nak jaga kesihatan aku. 

  1. Aku memang jenis tak makan sayur berdaun. Labu aku makan tapi Min cakap labu tu buah, bukan sayur. Hehehe.. Ok, aku akan belajar makan sayur. 
  2. Aku nak ubah balik tabiat suka makan ice cube. Tabiat ni mula sejak aku sem dua kat sini. Padahal sebelum ni aku memang elakkan minum yang sejuk2 ni.
  3. Banyakkan makan buah-buahan. Ok, pasni pegi pasar malam untuk beli buah-buahan je.. Ho ho ho...
  4. Kurangkan pengambilan makanan berminyak. Hah, yang ni susah sikit. Kedai2 makan kat sini semua jual makanan yang kaya dengan minyak. Bagus suruh kerajaan naikkan harga minyak masak lau begini kan?? kekeke...
  5. Makan sambil kunyah dengan perlahan. Kadang-kadang kalau nak jimat masa nak buat esaimen aku selalu tak sedar yang aku makan macam kena kejar hantu. Bila dah tergigit kat mana-mana bahagian dalam mulut tu baru aku sedar.. He he he...
  6. Aku kurang bersenam & beriadah. Dapat warm up & regang2kan badan pun time latihan silat. Selain dari itu, dunia  ku hanya kat bilik, duduk atas kerusi, study & online macam yang aku tengah buat sekarang ni. Sungguh tidak sihatnya diriku ini...
Aku tak tau nak tambah apa lagi. Rasanya banyak lagi yang aku kena buat kalau nak sihat ni tapi kalau nak list semua kat sini, alamatnya jadi karangan SPM la entry aku kali ni.. 

Bila dah selalu sesak nafas ni, aku lebih menghargai setiap udara yang aku sedut. Alangkah bestnya bila dapat hirup udara yang nyaman kan? Nasib baik kawasan kolej kitorang ni hijau ja, sejuk mata memandang..

   

18 comments:

  1. baik pegi check dear . mencegah lagi baik dari merawat . hee . nanti ape ape jadik susah kang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah klu ada masa nnt.. hehehe..
      thanks dear ;)

      Delete
  2. boleh percaya ke ni nak berubah ? hangat2 tahi ayam kot ? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak akak nyanyi lagu siti ke? percayalaaa~~
      hahaha..

      Delete
  3. erm anne sama cm oyye suka makan,, tapi oyye da cm tong sampah kot,, semua telan,,erm tips yang anne sgt brguna,, tpi malas kan kite nk ikut pantang2 nie,, lagi2 oyye,,haha btw,,, anne kne kuatkan semangat uhh k,,pasti brjaya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. susah nak ikut pantang2 ni.. kalau minum mesti nak yang berais jgk..hehe.. thanks oyye! :D

      Delete
  4. tak sukaaaaaaaaa makan sayur berdaun jugak!
    jarang minum ais,minum air mineral je heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. ada geng.. jom belajar makan sayur berdaun.. hohoho~~

      Delete
  5. susah nak ubah tabiat orang melayu ni :) tapi kena paksakan! baru la boleh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal..
      tak boleh ikut kemahuan sendiri, nanti macam2 sakit datang.. hehe..

      Delete
  6. semoga berjaya dgn semangat baru ini...jaga makan...jaga kesihatan ye....

    ReplyDelete
  7. Baguih2. Baik control mkn dari sia2 je berpenyakit kronik tue2 nanti

    ReplyDelete
  8. bahaya ni.. kengkadang bukan paru paru jer bermasalah, jantung pun boleh jadi juga..


    kalau susah sangat nak bersenam macam saya, saya akan selalu berjalan laju, apa apa yang saya buat adalah laju, parking jauh jauh dan jalan ikut jalan jauh. Berkorban laa sikit sebab masa itu jer ada masa nak gerakkan badan.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan jauh dah slalu bt klu dalam kampus.. hehe..
      pasni turun naik tgkat 9 guna tangga je la kan.. camtu pun bole kn?? hihi..

      Delete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain