Tadi macam biasa, sebelum lunch staff sebelah opis ku ni selalu bagi pinjam news nya untuk aku baca. Dan macam biasa jugak la, aku tengok berita muka depan dulu. Punya terkejut bila tengok berita di muka depan tu. Tajuk sama macam tajuk entri ni. Jom baca!
Tawau : Seorang lelaki berusia 32 tahun, yang menemui sebuah balang Nescafe di bawah jambatan di kampung air Kg Titingan, terkejut selepas melihat badan bayi reput di dalamnya.
Ronnie Jude berkata, dia sedang mengupas kulit kelapa ketika abangnya memberitahunya tentang balang di bawah jambatan itu dan mengambilnya.
"Saya membuka penutupnya dan menutupnya semula kerana tidak tahan dengan bau yang keluar," kata Ronnie dan dengan segera dia memberitahu penduduk kampung tentang kejadian itu.
Dia percaya bayi itu lahir pramatang dan meninggal dunia baru-baru ini, berdasarkan kepada keadaan fizikalnya. Dia menambah bahawa bayi itu mempunyai jari dan tengkorak yang ketara.
Ronnie berkata penduduk kampung percaya bahawa botol itu telah dihanyutkan dari kawasan berdekatan dan menggambarkan insiden itu sebagai "tidak berperikemanusiaan".
Polis yang tiba di tempat kejadian selepas diberitahu penduduk kampung telah mengambil balang tersebut untuk siasatan. Ketua Polis Daerah ACP Ibrahim Chin mengesahkan penemuan tersebut tanpa memberikan ulasan lanjut.
Anne bilang :: Ish..ish..ish.. Sian baby tu.. Kes buang baby lagi la ni.. =_=
kesian kan baby yg nda berdosa 2..
ReplyDeletemmg teda perikemanusiaan bha yg buang baby 2..
huhu~
bikin takut oo budak2 sekarang..ish3....dosa jak dorg buat..hmm..
ReplyDeleteechaRierie :: tu la,t'kejut aku baca berita tu.. sampai hati dorang buang baby yang ndak berdosa tu..
ReplyDeletedayang :: makin teruk budak2 sekarang.. ndak takut pa pa sudah..
ReplyDeletedah baca berita ni di paper.. kejam kan..
ReplyDeleteiya..
ReplyDeleteapa la dosa baby tu sampai d isi dalam botol pastu di kasi hanyut..