Tadi aku baca surat khabar Daily Express..
Aku jumpa satu perkataan..
"GEMULAH"
Apa tu? Ada sapa2 tau ka?
Ikut dari apa yang aku baca, gemulah ni sama maksud ngan 'mangsa'..
Contoh, baca berita d bawah..
KOTA KINABALU: Seorang pekerja sebuah syarikat pengiklanan meninggal dunia serta-merta apabila dia terkena renjatan elektrik setelah tersentuh kabel elektrik 11kv di kawasan Perindustrian Ringan Sedco di Jalan Kilang, Kolombong dekat sini, Isnin.
Gemulah dari Kota Belud berumur 33 tahun itu dikenali sebagai Tan Yong Fui sedang memasang dua papan iklan bersama dua rakannya, Wong Yun Fui, 25 dan Lee Kui Min,39, menggunakan kren di sebuah kilang cat di Kolombong sekitar pukul 10 pagi.
Selepas menyiapkan kerja mereka pada pukul 2 petang, hidung Tan, yang berada diatas kren itu, tersentuh wayar elektrik berhampiran papan tanda itu dan terkena renjatan menyebabkan muka dan badannya terbakar.
Lee cuba untuk menyelamatkan gemulah dan meletakkan tangannya ke badan mangsa tetapi dia juga terkena renjatan dan pengsan.
Difahami bahawa Wong juga terkena renjatan tetapi hanya mengalami kecederaan kecil pada kulitnya. Wong dan Lee dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Menurut bapa Tan, gemulah adalah anak kedua daripada tiga beradik dan Yong Fui baru sebulan berkerja di syarikat itu.
Terkejut gak aku baca berita ni..
Nasib bukan pekerja dari company tempat ku keja..
Kemarin dorang keja luar jugak tapi pasang banner jak la..
Takziah buat keluarga mangsa..
Bahayanya keja dorang ni kan..
Setelah aku gugel translate kan...
Gemulah = Deceased = Mendiang
Aku baru tau ni.. Hehehe...
Anne bilang :: Hampir2 la tu dengan apa yang aku teka.. hihihi..
>> Thanks sudi baca!! <<
haha..baru tau jugak. bahasa sabahan ke?
ReplyDeletesama la kak..
ReplyDeleterasanya bhsa melayu jgk coz kat google translate dia detect malay..
cuma kita jak yang baru tau ni..
hehehe..
ye ke? huhu...pasni bolehlah ajar budak2 kt sekolah. EH? hahaha...
ReplyDeleteGEMULAH = Seseorang yang meninggal semasa dalam perkhidmatan atau pesaraan dinamakan GEMULAH. selalunya dikalangan penjawat awam. :-)
ReplyDelete*tetiba komen.
owh.. yeke? first time dgr tu yg trus google translate tu.. hehe..
Delete