Tun M dan punca kesibukan

Aku memang fail kalau nak buat tajuk.. Hentam saja la labuu.. :P


Assalamualaikum W.B.T


Awal2 nak gitau, ni entry autopublish yang ditaip pada pukul 12.44 pagi di kala tuan punya blog tengah menahan mulut dari terbuka seluas-luas alam time menguap.. Ngantuk bebeno dah ni tapi gigih lagi nak update blog.. Jangan ditanya kenapa buat autopublish kerana jawapannya pasti menyakitkan hati dan jantung korang iaitu, "Sukati aku la, blog aku.Huh!!"
Sakit ati tak? Sakit tak? Sakit tak? Lempang dulu sedas dua.. Hewhewhew..
Apa aku merepek ni?? Hehe..


Time korang baca ni aku ada kat bangunan fakulti kitorang sebab aku, Min, Shamsul ngan Tihah jadi AJK Teknikal untuk Seminar ICT Dalam Pendidikan yang bermula hari ni.. Petang semalam pegi setup tempat, pastu pagi ni pegi siapkan kerja yang tak siap tadi. Awal pulak tu kena pegi, dalam pukul 7.30 pagi mesti dah ada kat fakulti. Awal kot.. Biasanya kalau kelas pukul 8 pagi, 7.30 aku baru pegi mandi. Alaa, apa ada hal, kampus kat belakang rumah sewa aku je. Hehehe..


My Idol :)



Cantik tak? Cantik tak? Cantik tak yang kat dalam frame tu? Ni kat bahagian pameran hasil karya student2 seni kalau tak silap. Oleh kerana takde satu pun part2 komputer kat sana, so jelas sangatlah bukan hasil karya budak IT macam kami ni. Huhuhu.. Nampak tak yang poster ni gabungan dari gambar2 Tun M yang banyak? Kreatip sungguh orang yang buat poster ni.. Student UPSI kalau nak tengok poster ni atau nak amik gambar macam yang tokey blog ni buat, sila lah ke bangunan E-Learning, tingkat 5. Tapi tak tau la sampai bila poster ni ada kat sana.. Hehehe..


My BFF :D


Ni bukan nak suruh fokus kat insan pakai baju petak2 tu.. Kat gambar ni boleh nampak yang poster tu sebenarnya diorang buat guna teknik anyaman.. *Mohon betulkan kalau tersilap* Rajin orang tu anyam poster kan? Kemas pulak tu. Hehehe..


Seminar ni berlangsung selama 2 hari, 26 Nov sehingga 27 Nov. Maka dengan ini, aku ingin mengisytiharkan yang minggu ni aku akan jarang update dan jarang golek2 pegi blog korang. Kalau ada pun mungkin autopublish jugak macam entry yang ni. Hehehe..


Oh ya, pilihanraya kampus untuk uni kitorang dah start semalam.. Kalau tak silap, kitorang akan mengundi 29 Nov nanti. So mula hari ni, akan busy la kampus & kolej2 kediaman dengan kempen2 manifesto dari calon2 yang bertanding. Good luck la untuk mereka2 yang bertanding. Hehehe..


Kalau ada sedikit masa terluang, aku akan singgah mana2 blog yang sempat, okei?? :D



P/s : Isi tabung plisss.. hihi..

6 comments:

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain