Lagi tempahan HP Pouch


Assalamualaikum WBT..


Hai semuaaaa!! Hari ni semua cuti kan? Cane korang spend cuti 1 hari ni? Kalau aku sama ja dengan hari2 cuti yang lain..  Duduk online depan laptop walaupun esaimen memanggil dan menyeru namaku..  Sat na? Kejap lagi kita dating ye en. esaimen.. Muehehehe.. 


Seperti yang dijanjikan.. Eceh, janji la sangat kan? Hehehe.. Ekceli, post ni hanya untuk menunjuk dan mempamerkan hasil kerja kraf aku yang tak seberapa.. Almaklum la, budak baru belajar kan? Eh, kiteww boodark lagiww taww.. Ahaks.. Mesti korang menyampah dengan aku ni.. Hihihi..


Okei, ni antara HP pouch yang berjaya aku siapkan.. Memang banyak halangan nak siapkan semua ni.. Mana nak buat esaimen, mana nak update blog, blogwalking & blogjoget lagi.. Pastu bila mata berpinar-pinar time menjahit, mula la nak stop "kejap" then layan drama korea, The Heirs.. Lepas cuci mata tengok Lee Min Ho baru la sambung menjahit balik.. Banyak gila kan halangan dan ranjau berduri yang terpaksa aku tempuhi?? Haha..




Atas ni Pina punya.. S.N.S tu ringkasan nama penuh dia.. Bukan sempena Social Networking Sites ye? Hehehe.. Pina request nak kaler turquoise + hitam.. Dua watak kat depan tu pun Pina yang pilih.. Oh ye, ni untuk hp Xperia tapi tak ingat la pulak model apa.. Ampunn bukk.. haha..





Yang pink kaler ni pulak Jue punya.. Jue ni my coursemate. Dia pakai hp Samsung Galaxy S3.. Masa buat ni aku risau sangat kalau2 pouch ni tak muat dengan hp dia.. Alhamdulillah, nasib baik seswai sangat2.. Hihihi.. Dia request kaler pink + biru gelap.. Pastu nak letak teddy bear  ngan nama dia kat depan tu.. Comel tak teddy tu?? hihihi.. 





Yang atas ni pulak Kai punya.. Dia pun coursemate aku jugak.. Dia minat sangat kot dengan anime One Piece ni, tu yang dia mintak nak letak muka Monkey D. Luffy kat depan tu.. Pouch ni kaler oren, purple & hitam kat bahagian belakang. Color combination ni aku yang pilih berdasarkan kaler yang dia suka pastu memang padan dengan watak anime tu.. Agak susah jugak nak buat kepala Luffy tu.. Hehehe..


Alhamdulillah syukur.. Dapat jugak siapkan tempahan untuk kawan2 aku ni.. Alhamdulillah jugak sebab diorang berpuas hati dengan pouch yang aku buat.. Hihii.. Banyak-banyak terima kasih untuk mereka2 yang tempah HP pouch ni.. Shaaayang korang ketat2.. Muehehehe...




Salam.. ^__^




20 comments:

  1. cer buat satu kasi sally..hehehe...hadiah...kata kawan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah boleh.. ^__^
      nanti ada masa anne pm sally tau.. :D

      Delete
  2. haha.. td aefa tgh sns tu pon ingtkan social netwrk.. hehe.. comel la~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. thanks aefa..
      tu la, nasib baik bukan SMS.. hehe

      Delete
  3. Comelnya hasil keje Anne...cantik sangat :-)

    ReplyDelete
  4. menarik... mcm nk buat hadiah wedding ja.. :D

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. susah nak buat tu.. lama nak buat tang kepala tu ja.. hehe..

      Delete
  6. pergh.. siap ada muak luffy lagi tu..

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain